Peralatan Ping Pong | Senarai Peralatan Permainan Sukan Ping Pong Table Tennis

Sebelum memulakan permainan table tennis ping pong, setiap peralatan ping pong haruslah disediakan dengan teliti dan teratur. Sukan ping pong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar dewan kerana ia hanya memerlukan sedikti sahaja ruang dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.

Permainan ping pong table tennis memerlukan sebuah meja, sebiji bola pingpong dan dua buah bet (bagi permainan secara individu).

Meja Ping Pong Table Tennis

Meja ping pong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm.

Permukaan meja boleh diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Permukaan meja mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jaring yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja.

Untuk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2 bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan garisan tepi meja.

Bola Ping Pong Table Tennis

Bola ping pong table tennis mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola pingpong boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih atau kuning yang pudar.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah diperolehi dan harganya tidaklah mahal.

Jaring Ping Pong Table Tennis

Jaring untuk permainan sukan ping pong table tennis terdiri dari jaring dan peralatan untuk memasangnya ke meja ping pong, dan sering disebut gabungan jaring (net assembly).

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan.

Bet Ping Pong Table Tennis

Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jenis bet ping pong di pasaran pada masa kini, sehingga untuk memilih bet boleh menjadi satu masalah. Bagi mereka yang baru belajar bermain terutamanya terdapat beberapa panduan mudah yang boleh diikuti.

Bet berbeza mengikut bentuk dan corak tetapi keselesaan patut diutamakan. Jika ia kelihatan cantik sahaja tetapi tidak selesa dipegang, kita tidak harus memilihnya.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau menggangu teknik permainan kita dan membenarkan kita mengekalkan kawalan maksimum ke atas pukulan kita.

Berat bet dan jenis bet yang digunakan juga harus membenarkan keselesaan dan bersesuaian dengan corak permainan kita. Sesuatu bet serba boleh adalah diperbuat daripada kayu lembut yang tidak melebihi lima lapisan getah.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Getah yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua jenis.

  • Jenis pertama ialah getah terbalik ‘reverse’ yang licin dan rata dengan lapisan berbintik-bintik terbalik (inverted pimples) di bawah dan diikuti oleh satu lapisan span.
  • Jenis kedua ialah getah berbintik keluar (pimples out) dengan atau tanpa satu lapisan span. Untuk pertandingan, semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF.

Getah yang digemari ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas.

Secara am, semakin tebal dan keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebound) daripada bet. Di bawah undang-undang pingpong, tebal keseluruhan getah dan span tidak boleh melebihi 4 mm

Jika getah digunakan pada kedua-dua permukaan bet, maka warnanya mestilah sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna merah.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Jika kayu digunakan pada salah satu permukaan, warnanya mesti warna hitam atau merah yang dicelup tetapi bukan dicat.

Getah berbintik keluar dari span, boleh dibahagi lagi kepada bintik-bintik pendek dan bintik-bintik panjang.

Getah berbintik pendek digunakan oleh pemain corak penyerang untuk memukul balik putaran lawannya kerana getah jenis ini mempunyai darjah kawalan yang tinggi. Kelemahannya ialah putaran yang dijanakan adalah tidak sekuat putaran getah terbalik.

Seorang pemain pakar menggunakan jenis ini ialah Jiang Jiliang dari China, johan perseorangan dunia pada tahun 1985 dan 1987.

Getah berbintik panjang digunakan oleh pemain yang menggunakan corak permainan bertahan. Kelebihannya ialah ia boleh membalikkan putaran atas dan memulangkan putaran bola belakang. Kelemahannya ialah ia amat susah dikawal dengan baik.

Seorang pemain pakar dalam bidang ini ialah Li Gun Sang dari Korea Utara dan beliau sekarang mewakili Great Britain.

Pemain & Pakaian Ping Pong Table Tennis

Seperti yang dimaklumkan, permainan ping pong table tennis boleh dimainkan secara perseorangan lelaki dan wanita dan beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Pakaian untuk seorang pemain lelaki dan wanita termasuk baju lengan pendek, seluar pendek, stoking dan kasut. Warna baju dan seluar bergantung pada kehendak pemain atau pasukan yang diwakilinya. Pakaian yang sesuai dan selesa dapat membantu sewaktu permainan.

Kawasan (Arena) Ping Pong Table Tennis

Permainan ping pong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdaftar, seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya.

Arena permainan ping pong table tennis berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan dan pihak penganjur.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satu gelanggang. Arena ini mestilah dikelilingi oleh pelindung (surrounds) yang tingginya 75 cm. lantai arena mestilah berwarna gelap. Lampu mesti dipasang dengan jarak tidak kurang dari 4 meter dari lantai.

Di negara kita terdapat banyak dewan dan stadium tertutup yang sering digunakan juga untuk perlawanan dan pertandingan pingpong sama ada di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Umpamanya Stadium Negara dan Stadium Badminton Kuala Lumpur pernah dijadikan arena pertandingan bertaraf dunia.

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *