Peralatan Ping Pong | Teknologi Getah Ping Pong dan Kayu Bet Ping Pong Table Tennis

Teknologi Getah Pada Bet Ping Pong

1- SPRING SPONGE

(contoh: Butterfly TENERGY, SPIN ART)

Teknologi terbaru ini yang hanya ada pada butterfly adalah “Perasaan Menangkap Bola/Sense Catching the Ball “. Ini adalah disebabkan komposisi bahan unik dan udara di dalam getah.

Getah meregang apabila terkena bola seperti “spring”. Ketika ini getah Tenergy 05. Tenergy 25 dan Tenergy 64 menggunakan teknologi ini.

* bola ditangkap/dipegang sebelum melantun….

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

2- HIGH TENSION

(contohnya Butterfly BRYCE, BRYCE SPEED, SRIVER G3)

Teknologi ini ada pada semua model getah ping pong baru butterfly. Teknologi ini mempunyai kelebihan berikut:

  • Mempunyai tahap melekit optimum walaupun tidak menggunakan protector film.
  • Walaupun terdedah kepada udara dan oksigen, ia tidak menghasilkan kotoran pada permukaan getah.
  • Kadar ketegangan adalah sekata di semua permukaan dan tiada permukaan yang berbeza bentuk.

3- HYPER ELASTO

(contohnya Xiom VEGA ASIA, VEGA EUROPE, PRO)

Teknologi getah ping pong ini mempunyai keupayaan menangkap bola (seperti Spring Sponge dalam getah butterfly). Ia juga mempunyai keupayaan untuk turun lebih rendah selepas melantun/low rebound.

4- CARBO SPONGE TENSORIZED

(contohnya Xiom VEGA ASIA, VEGA EUROPE, PRO)

Ini adalah revolusi teknologi pada span Xiom yang berwarna hitam. Teknologi ini memasukkan kandungan karbon ke dalam campuran getah span. Ini mengurangkan kehilangan kuasa, seterusnya meningkatkan lantunan dan lebih kuasa pada bola. Ia bersifat sederhana keras/semi hard.

5- LIFE X2 LIFE TIME +

(contohnya Xiom VEGA ASIA, VEGA EUROPE, PRO)

Teknologi getah ping pong ini meningkat jangka hayat getah kerana penggunaan “speed glue effect” mengurangkan jangka hayat getah. Xiom telah menggantikan “speed glue effect” dengan “built-in tension effect” di mana ia lebih tahan lasak. Xiom Vega Pro mempunyai 2 kali ganda jangka hayat dan Xiom Vega Asia Vega Europe mempunyai jangka hayat 1.5 kali ganda.

6- THE ACS TECHNOLOGY

(contohnya Stiga Carbo, Stiga Neos, Stiga Innova)

Teknologi kelajuan topsheet dan daya lantunan span maksimum serta teknologi berat span yang ultra-ringan.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

7- THE SYNERGY TECH

(contohnya Stiga Almana, Stiga Neos, Stiga Innova)

Gabungan teknologi pakar kimia dari Sweeden dan Jepun untuk hasilkan getah yang laju dan kuat spin.

8- BUILT-IN SPEED GLUE EFFECT

(contohnya Stiga Calibra, Stiga Magna, Stiga Boost)

Ada kesan speed glue pada getah untuk hasilkan kuasa maksimum tanpa menggam semula.

9- MEGA TENSION TECHNOLOGY

(contohnya Stiga Neos, Stiga )

Teknologi getah ping pong yang menghasilkan banyak lantunan tanpa menambah berat isipadu span. Span juga cepat kembali pulih selepas menerima impak bola.

10- TRANSTENSION SPONGE

(contohnya Stiga Calibra, Stiga Magna, Stiga Boost)

Teknologi terkini 2011 dimana gabungan formula baru yang menghasilkan power maksimum di atas getah sedia ada.

11- THE NCT TECH

(contohnya Stiga Optimum MP, Stiga Almana, Stiga Royal, Stiga )

Teknologi penggunaan bahan-bahan nano dalam pembuatan getah untuk disesuaikan dengan waterbased glue.

12- LONG TRAJECTORY

(contohnya Stiga Calibra dan Stiga Magna sahaja)

Teknologi getah ping pong gabungan spin & speed yang unik yang menghasilkan trajektori yang panjang. Trajektori panjang telah menjadi semakin penting dalam permainan ping-pong profesional era baru ini di mana permainan adalah jarak jauh dan tidak lagi dekat meja/close to table game.

13- TENSOR TECHNOLOGY

(contohnya XIOM Sigma, Palio Makro Era)

Teknologi tensor bermula tahun 1998 di mana kelajuan span dipertingkat menggunakan teknologi ini. Ia juga mempunyai sifat kelembutan dimana, feel bola dapat ditingkatkan semasa pukulan dibuat. Ia juga menghasilkan bunyi “clicking” yang membuatkan rasa pukulan yang dibuat.

14- BIOS

(contohnya Xiom Vega Pro, Andro Hexer HD)

Teknologi BIOS adalah teknologi terkini Tensor dimana, adalah efek lantunan dalaman (built-in tension effect) untuk span yang tidak menggunakan efek speed glue. Efek ini hampir setanding dengan efek yang dihasilkan oleh speed glue.

Teknologi Kayu Bat Ping Pong

1- TAMCA 5000

Teknologi TAMCA 5000 adalah teknologi carbon fiber yang menjadikan bat lebih ringan, elastik dan kawalan lebih stabil.

2- TAMCA ULC

TAMCA ULC carbon mempunyai hanya satu lapisan sahaja dan ini menjadikan ia lebih ringan dan rasa lebih lembut berbanding TAMCA 5000.

3- ARYLATE

Arylate mengandungi fiber vectran iaitu bahan penyerap gegaran/vibration. Ini memberikan rasa lembut dan kawalan lebih stabil. Namun ia kekurangan kekuatan.

4- ARYLATE CARBON

Teknologi Arylate carbon mempunyai gabungan kekuatan dan kestabilan kawalan. Ia juga mempunyai rasa/feel lebih lembut.

5- ZL CARBON/ ZLC

Teknologi Zylon Carbon yang ringan menjadikan lapisan lebih ringan dan mempunyai sifat seperti TAMCA 5000.

6- ZL FIBER/ ZLF

ZL adalah teknologi fiber yang sangat kuat dan bersifat ringan. Ia adalah teknologi fiber yang paling laju dan paling ringan.

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *