Peralatan Ping Pong | Tips Memilih Bat Ping Pong Table Tennis

Pemilihan Bat Ping Pong Table Tennis

1- Kenalpasti jenis permainan anda. Bat carbon tidak semestinya yang terbaik untuk anda.

2- Bat kayu (All Wood) mempunyai feel tinggi berbanding bat carbon. Ia diukur samada bat 1 layer sehinggalah 11 layer.

  • Bat 1 layer dan 11 layer sangat jarang dalam pasaran (harga sangat mahal!). Biasanya bat kayu adalah dari 2 layer hingga 9 layer.
  • Lebih tinggi layer, lebih tinggi feel kayu tersebut. Namun begitu ada pengecualian untuk bat 1 layer dan 11 layer kerana kedua-dua bat ini mempunyai feel lebih tinggi dari bat 2-10 layer.
  • Pemain baru digalakkan menggunakan bat All Wood kerana belum mempunyai feel kawalan bola.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

3- Terdapat beberapa jenis kayu digunakan untuk bat kayu. Setiap jenis mempunyai sifat dan tujuan tertentu.

  • Cypress: kayu yang baik dan murah
  • Ayous: kayu yang lembut
  • Hinoki: keturunan Cypress, kayu lembut dan sangat laju
  • Balsa: kayu lembut dan sangat ringan
  • Walnut: kayu keras & mahal. Biasa diletakkan sbg layer luar dan di dalam kayu lembut.
  • Movinge: kayu keras & mahal
  • Ash: gabungan cypress + ayous
  • Limba: kayu lembut
  • Bass: kayu keras dan murah
  • Planchonello: kayu sangat laju
  • Yellow Aningre: kayu control paling baik
  • Rosewood: kayu keras, cantik apabila digilap/polish & berbau wangi (nama kayu ros!)

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

4- Bat Carbon pula adalah bat yang laju dan keras. Ramai yang salah sangka bahawa bat carbon adalah ringan. Layer Carbon bermaksud bat tersebut lebih keras/lebih power berbanding bat tanpa layer Carbon.

5- Bat Carbon juga bermaksud, feel kayu tersebut semakin berkurangan. Ini sebabnya pemain yang sudah bagus & telah mempunyai ‘feel’ dalam permainannya perlu memilih bat Carbon untuk meningkatkan kuasa serangan ke tahap yang lebih tinggi.

6- Namun ada bat yang cuba mengimbangi ‘feel’ bat tersebut dengan 2 kaedah; pertama: mengurangkan layer Carbon kepada 2 layer sahaja. kedua; menggunakan ‘thin layer/lapisan carbon nipis’. Sebagai contoh Bat butterfly Timo Boll Spirit (memang terkenal mempunyai feel yang tinggi dan carbon).

7- Lebih banyak layer carbon, bermakna lebih keras bat tersebut (lebih power/laju).

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

8- Tetapi perlu diingat, bat kayu juga mempunyai kelajuan sama dan lebih tinggi daripada bat carbon (sila rujuk tanda OFF, OFF-, OFF++ pada bat). Jadi tidak bermakna bat kayu adalah perlahan berbanding carbon. Kita perlu juga melihat jenis kayu yang digunakan kerana bat kayu ada yang perlahan (DEF) dan ada yang laju (OFF++).

9- Terdapat beberapa jenis Carbon digunakan dalam bat. Setiapnya mempunyai sifat berbeza.

  • Carbon: bahan carbon supaya bat lebih power dan laju
  • Arylate: gentian fiber yang mempunyai ‘sweet sport’ lebih besar dan serap getaran. (sweet sport= bahagian pada bat yang mempunyai feel paling best semasa stroke/pukul)
  • Arylate Carbon: gabungan keduanya dimana ia mempunyai ‘feel’ lebih lembut.
  • Power Carbon: carbon yang memberi kekuatan paling maksimum

10- Trend terkini adalah penggunaan ‘Komposit Fiber’ dalam pembuatan bat

  • Contohnya ZLF (Zylon Fiber)
  • Sifat fiber adalah ia lebih lembut, laju dan control lebih tinggi

11- Pemegang bat mempunyai beberapa jenis mengikut kesesuaian penggunaan.

  • FL / concave : pemegang paling biasa digunakan (bawah besar atas kecil)
  • ST / straight : pemegang lurus (sesuai untuk pemain defend)
  • AN / anatomic / double flare : pemegang ada bentuk lekuk jari di tengah (jarang ditemui)

Kesimpulannya Bat Carbon bersifat laju & sesuai untuk pemain penyerang (attacker player) dan Pemain skill tinggi (advanced player)

Bat kayu pula lebih feel dan baik untuk permulaan. Jika sudah maju (telah develop gaya permainan sendiri) dan masih ingin mengekalkan feel, bolehlah menggunakan bat kayu laju (OFF+) ataupun bat kayu perlahan (DEF). Bat kayu laju (OFF+) adalah setanding dengan bat Carbon.

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *