Peralatan Ping Pong | Tips Memilih Getah Bet Ping Pong Table Tennis

Pemilihan Getah (Licin)

  1. Getah lembut lebih baik untuk spin (boleh rujuk pada info getah pada kotak getah/bat)
  2. Getah keras lebih baik untuk permainan smash/drive/push
  3. Getah tacky/melekit sesuai untuk permainan loop/lob. (Getah China biasanya lebih tacky daripada getah Eropah).
  4. Getah speed tinggi (laju), sesuai untuk permainan jarak jauh dan fast spin/drive attack. Lebih laju sesuatu getah, spin akan menurun. [speed +, spin – ] [spin +, speed – ]
  5. Getah mempunyai ketebalan span berbeza. Biasanya dari 1.0 – 2.5 (Max bermaksud ketebalan span 2.2-2.5)
  6. Span menghasilkan daya rebound/lantunan ke atas bola yang menyentuh top sheet (top sheet= getah hitam/merah)
  7. Lebih tebal span, bermakna lebih tinggi lantunan dan lebih tinggi kelajuan/speed bola (getah MAX adalah paling laju).
  8. Ketinggian spin sesuatu getah pula bergantung kepada kualiti top sheet sesuatu getah. (Contohnya: top sheet Bty Tenergy 64 lebih tinggi spin berbanding Bty Sriver)
  9. Kekerasan sesuatu getah bergantung kepada degree° sesuatu getah. Lebih tinggi degree bermaksud lebih keras.
  10. Getah keras lebih sesuai untuk permainan smash/drive/push
  11. Getah lembut lebih sesuai untuk permainan spin/loop/top spin
  12. 45° ke atas dianggap Getah Keras
  13. 18° – 44° dianggap Getah Lembut

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Pemilihan Getah (Pimple)

  • Terdapat 3 jenis pimple dalam pasaran iaitu short pimple, medium pimple dan long pimple.
  • Pimple pendek bersifat sangat laju dan lebih kawalan/control
  • Pimple medium bersifat sederhana laju tetapi kurang kawalan. Ia juga menghasilkan getaran/wobble pada bola yang datang.
  • Pimple panjang pula bersifat sangat perlahan dan tinggi sifat getaran/wobble. Pimple panjang mempunyai kawalan yang paling rendah.
  • Terdapat juga pimple tanpa span(OX) dan ketebalan span 0.1 – 2.1
  • Semakin tinggi span bermakna lebih laju getah pimple tersebut. Ini bermakna, getah OX adalah yang paling perlahan dan bergantung sepenuhnya pada kelajuan kayu bat.
  • Di pasaran kini terdapat dua jenis getah long pimple berdasarkan sifat getah iaitu frictionless/no friction dan friction/grip.
  • Frictionless bermaksud getah tersebut kurang grip dan sentiasa memulangkan putaran bola pihak lawan dengan mudah dan berlawanan arah. Contohnya jika pihak lawan memberi bola backspin/chop, getah long pimple frictionless akan memulangkan bola tersebut sebagai top spin/bola kosong. Begitulah sebaliknya.
  • Getah frictionless sesuai untuk permainan control dan defend. Getah ini mengelirukan dan memberi mata mudah kepada pemain.
  • Friction/grip pula bermaksud getah tersebut mempunyai grip. Ini memberi kesan besar kepada pemain yang mahu menyerang. Apabila getah long pimple memegang bola tersebut (sifat grip), maka mudah untuk melakukan serangan.
  • Getah friction/grip juga mempunyai 2 kebaikan di mana ia boleh digunakan sebagai defend (perlu adjust stroke) dan juga permainan attack (sifat grip).
  • Contoh getah frictionless yang biasa (semua model frictionless dah kene BAN! oleh ITTF mulai 1 Julai 2008)= Dr Neubauer Super Block-Scalpel-Monster, Hallmark super special-super defense
  • Contoh getah friction yang biasa =Palio CK531A, DHS C7, DHS Cloud & Fog III, Hallmark Pheonix

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Selain itu, faktor utama yang menjadikan satu pimple mahal atau murah adalah bergantung kepada:

  1. panjang pimple (lebih panjang, lebih getar/wobble)
  2. saiz diameter permukaan bulat pimple (lebih besar diameter lebih kawalan/control)
  3. jarak antara bulat pimple (lebih jauh jarak, lebih getar/wobble)
  4. cara susunan bulat pimple
  5. kelembutan batang pimple (lebih lembut, lebih senang batang pimple bengkok dan hasilkan lebih getaran/wobble)
  6. teknologi pada permukaan bulat pimple (hasilkan grip berbeza apabila sentuh bola)
  •  Batang pimple boleh patah jika anda smash dengan terlalu kuat (walau pimple mahal sekalipun!)
  • Bat kayu/allwood lebih sesuai untuk pimple kerana mempunyai ‘feel’ lebih baik. Biasanya pemain pimple memilih bat daripada kayu balsa dan hinoki yang lembut dan ringan.

Pemilihan Getah Tacky VS Getah Grippy/Non-Tacky (Getah Licin)

Terdapat pelbagai pendapat tentang sifat getah ini. Getah tacky (melekit) adalah sifat getah topsheet yang memegang bola satu atau beberapa saat apabila ditekan di atas bola dan diangkat. Getah Grippy pula langsung tidak memegang bola (Ini adalah contoh getah Jepun dan Eropah).

Grippy bermaksud apabila bola dipukul pada bat, bola tidak tergelincir tetapi grip (dipegang) dan digesekkan untuk menghasilkan spin. bola akan melantun lebih cepat dan spin lebih baik…(lebih laju sebenarnya).

  • Contoh getah tacky ialah hurricane 3, hurricane 3 neo, skyline tg3 neo, globe 999 dan lain-lain.
  • Contoh getah grippy ialah butterfly sriver, yasaka mark V, donic acuda
  • Contoh getah hybrid tacky dan grippy ialah Butterfly Tackiness, Butterfly Tenergy, butterfly Spin Art

Getah tacky kurang laju, tapi putaran spin bola adalah maksimum.

Getah grippy pula laju tapi putaran spin kurang sedikit (tapi masih spin kuat, cuma tak sekuat tacky)…

Bergantung kepada corak permainan kita, ada orang masih bermain spin tapi sukakan getah yang tacky.

Tapi ramai yang sukakan getah grippy untuk permainan spin kerana lebih mudah dan spin lebih laju masuk.

Pemain control/chopper/blocker lebih gemar getah tacky kerana effect spin chop/backspin lebih kuat dan berat. Ini memberikan mereka lebih tekanan kepada pemain spin attacker.

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *