Sejarah Ping Pong | Asal Usul Permainan Ping Pong atau Table Tennis (Tenis Meja)

Permainan Ping Pong asalnya adalah permainan untuk mengisi masa lapang sahaja. Ping Pong adalah permainan indoor yang sangat terkenal di Eropah dan dikalangan pelajar universiti Britain sekitar 1890.

Corak dan bentuk permainan ping pongi telah didaftarkan oleh Charles Barter daripada Gloucestershire sekitar tahun 1891.Pada masa yang lebih kurang sama James Gibb iaitu seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain telah membawa balik satu permainan seluloid daripada Amerika yang telah diperkenalkan sebagai altenatif kepada bola getah atau yang banyak digunakan pada masa itu.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Nama Ping Pong telah dicipta daripada bunyi yang dihasilkan semasa pertembungan antara bet dengan bola iaitu bunyi Ping. Manakala perkataan Pong pula melibatkan bunyi yang dihasilkan apabila bola melantun diatas meja.

Nama Ping Pong hanya diberikan apabila raket yang disaluti oleh Velum diperkenalkan di negara Eropah pada masa itu.

Permainan Ping Pong telah datang ke Asia pada awal abad ke 20 apabila seorang professor dari Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar universiti di Jepun pada tahun 1902.

Tidak lama selepas permainan Ping Pong ini diperkenalkan di Jepun,seorang peniaga British iaitu Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini di kalangan orang Vienna dan Budapest.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Walaupun permainan ini lewat berkembang iaitu sekitar abad ke 20,namun kita tidak bola menafikan bahawa permainan ini telah wujud lebih awal iaitu sekitar abad ke 19 lagi.

Mana-mana sukan sememangnya dapat menarik pemain atau peminat yang tersendiri.Begitulah juga berlaku kepada permainan Ping Pong, permainan ini menjadi semakin terkenal dan sekarang ini hamper semua negara di dunia ini mempunyai pemain Ping Pong.

Sekitar tahun 1927, Kejohanan Dunia sukan Ping Pong telah diadakan di London buat pertama kalinya.Pertandingan Ping Pong tersebut telah dimenangi oleh seorang pemain yang berbangsa Hungary iaitu Dr Jacobi.

Walaupun sukan ini pada awalnya popular di Britain namun permainan ini pada zaman awal pertandingannya banyak didominasi oleh warga Hungary.Ini dibuktikan pada tahun 1930, pasukan Ping Pong Negara Hungary telah berjaya memenangi kejohanan Ping Pong di peringkat dunia.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Pada zaman awal kepopularannya,pukulan Spin amat terkenal di kalangan pemain sukan Ping Pong ini.Penguasaan Hungary dalam sukan ini telah tamat apabila muncul kuasa baru sukan ini iaitu Jepun.

Jepun telah menjadi gergasi sukan Ping Pong sekitar tahun 1950 sehingga 1959 sebelum jatuh kepada China. Jepun telah memperkenalkan satu teknik baru sukan Ping Pong yang dipanggil sebagai Cekak Pen (Pen Holder) yang mementing pergerakan kaki yang pantas.

Pasukan pemain Ping Pong lelaki Jepun menjadi johan Ping Pong  pada 1954 hingga 1959.

Dominasi Jepun dalam sukan Ping Pong tamat apabila muncul kuasa China sekitar tahun 1960. Mereka telah melatih pemain mereka sejak kecil lagi sehingga mampu melahirkan pemain Ping Pong yang handal.

Jika Jepun mementingkan kepada pergerakan yang pantas, China pula menjadikan permainan Ping Pong laju dan bermain dekat dengan meja sebagai corak permainan sukan Ping Pong.

Pemain-pemain Ping Pong Eropah hanya mampu mencabar pemain dari Asia pada tahun 1970. Walaupun permainan Ping Pong ini diasaskan di Eropah namun ia telah menjadi dominasi Asia. Sekitar tahun 1970,pemain Eropah telah meningkat naik.

Pada 1980, pemain sukan Ping Pong Eropah telah dianggap handal daripada pemain-pemain Asia. Permainan Ping Pong telah menjadi seimbang kekuatannya antara Eropah dan Asia. Ini dibuktikan semasa berlakunya kejohanan dunia Ping Pong pada 1989, China telah tewas kepada Sweden dengan 5-0 yang jelas merupakan kekalahan yang memalukan.

Kedua fanalis pertandingan sukan Ping Pong tersebut pun dari Sweden iaitu Jan-Ove Waldner dan juga Persson. Pada 1991,sekali lagi Sweden memenanginya apabila berjaya menewaskan Yugoslavia .

Pada 1990, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa ( ITTF ) telah mempunyai sebanyak 145 persatuan yang bernaung dibawahnya berbanding hanya 9 ahli sahaja pada 1927.

Sehingga sekarang ada 4 Persekutuan sukan Ping Pong diperingkat antarabangsa iaitu Recognized Contonental Federation yang berada dibawah naungan ITTF.Selain itu ialah African Table Tennis,Asian Table TennisUnion,European Table Tennis Union dan juga South American Table Tennis Confederation.

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *