Sejarah Ping Pong | Sejarah dan Perkembangan Sukan Ping Pong di Malaysia

Pada tahun 1952, sebuah persatuan table tennis ping pong ditubuhkan dan persatuan ini dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya.

Pada tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan dan selepas itu perkembangan pingpong di negara ini dipesatkan. Ini terbukti dengan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri mahupun luar negara.

Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dengan permainan table tennis ping pong dan ramai penduduk di negara ini menjadikannya sebagai rekreasi ringan.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan cina. Pada tahun 1974, dan sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain (bukan cina) dimulakan. Ini adalah satu langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan perkauman dalam permainan ini.

Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain table tennis ping pong cina yang belum pernah mewakili dibenarkan bertanding. Diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina bermain pingpong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.

Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian.

Dalam Kejohanan Pingpong Dunia ke-32 di Yugoslavia pada tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala ke-19 daripada 40 buah negara bagi wanita.

Di samping itu, Persatuan Pingpong Malaysia juga menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 dan sejak itu Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di Asia.

Dalam kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi dan jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada tahun 1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato’ Michael Chen telah dilantik menjadi ahli ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia.

Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia.

Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehteknikal yang tinggi.

Sejak tahun 1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum untuk menganggotai persatuan ini.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadil kebangsaan yang menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga pertandingan kebangsaan.

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *