Tips Bermain Ping Pong | F.A.Q Beginner (Soal Jawab Orang Baru)

1- Apa maksud ISTILAH ni?

  • Chop/back spin: Bola yg berputar ke belakang dan berat
  • Push/Drive: Bola ditolak ke hadapan (tanpa gesek)
  • Spin: Bola di gesek ke hadapan
  • Lob/Loop: Bola digesek kehadapan dan ke arah atas
  • Smash: Bola di hentam lurus ke hadapan dan ke bawah (kalau hentam ke atas nnt naik ke siling hehe)
  • Flip/Flick: Gerakan pantas smash bola pendek atas meja menggunakan pergelangan tangan (ala2 Lee Chong Wei flick bola pihak lawan nk buat bola jatuh depan Net).
  • Block: Tahan bola serangan pihak lawan

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

2- Apa pulak Maksud putaran bola Backspin, Topspin, Sidespin dan Corkspin?

  • Backspin: bola berputar ke belakang/bola dipancung
  • Topspin: bola berputar ke depan/ bola digesek ke depan
  • Sidespin: bola berputar ke tepi
  • Corkspin/Drillspin: bola berputar pada axis Y jadi melengkung lebih daripada sidespin

3- Warna apa getah bat ping-pong selain merah-hitam?

  • Tak ada…merah hitam sahaja lulus…yg lain dianggap bat hiburan sahaja (ada warna hijau, biru, pink, silver dan lain2)

4- Pengiraan markah 11 sahaja ke? 21 markah boleh guna?

  • Zaman dah berubah, semenjak tahun 2001, ITTF dah tukar sistem kepada 11 markah :p

5- Kalau bola pukul kene tepi meja, kira IN (masuk) atau OUT (keluar)?

  • Kira OUT (keluar). Jika kene line putih meja baru kira masuk…tepi meja biasa adalah besi, Jika berbunyi besi (Tinggg…) kira OUT lah.

6- Betul ke orang kata kalau kene 7-0 game (Skunk Rule) kira habis/tamat?

  • TIDAK…mesti main sampai 11-0

7- Bolehkah kita sentuh meja/bat tersentuh meja?

  • Boleh, hanya tangan tidak bermain (orang main tangan kanan, maka tangan kiri adalah “tangan tidak bermain”) akan fault jika tersentuh.

8- Berapa kali LET (serve kene NET) boleh berlaku?

  • Unlimited..tak ada masalah…bukan sengaja pun

9- Kalau bola out (tak kene meja) tapi terkena bat pihak lawan, kira masuk ke out?

  • Bola out tetap out! bola masuk jika melantun sekali ke meja pihak lawan…kalau straight pukul tetap out.
PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *