Tips Bermain Ping Pong | Jenis-Jenis Gerak Kaki (Footwork) Dalam Permainan Ping Pong Table Tennis

Gerak kaki footwork dalam permainan ping pong table tennis digunakan agar pemain dapat memainkan stroke dengan tepat (memukul secara sempurna), dengan tubuh tetap seimbang (balanced, sedia, selesa) dan mampu kembali semula setelah membuat pukulan untuk bersedia dengan stroke seterusnya.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Pemain ping pong yang melakukan footwork itu juga mampu mengatasi lawan serta bergerak ke lokasi (posisi) yang tepat untuk pukulan berikutnya pada waktu yang tepat.

Jenis-jenis Gerak Kaki (Footwork) Ping Pong

Gerak kaki ping pong table tennis dibahagikan kepada tiga jenis iaitu gerak kaki satu langkah, dua langkah, dan tiga langkah atau lebih. Arah pergerakannya biasanya ke depan, ke belakang, ke samping kiri, samping kanan atau diagonal.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Penggunaan gerak kaki disesuaikan dengan jarak di mana bola yang datang dengan posisi pemain ping pong.

Jika jarak bola yang datang sangat dekat dengan pemain, pemain tidak perlu melangkahkan kaki atau pemain hanya perlu gerak satu langkah sahaja.

Jika jarak antara bola yang datang dengan posisi pemain agak jauh, pemain pula perlu bergerak dalam dua langkah. Gerak kaki dua langkah merupakan kaedah gerak kaki yang paling popular digunakan kerana gerak kaki dua langkah merupakan gerakan yang paling pantas dan meliputi kawasan yang luas.

Namun begitu, jika jaraknya cukup jauh dari meja, pemain harus dicapai dengan tiga langkah atau lebih.

Cara Melakukan Gerakan Kaki (Footwork) Ping Pong

Pada mulanya, lutut pemain ping pong perlu dibengkokkan sedikit dan berat badan pemain dibahagikan secara rata serta seimbang di kedua-dua kaki. Berat badan ditumpukan pada kaki belakang.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Apabila pemain ingin melangkah ke kiri, kaki kiri digeser ke arah kiri dan berat badan dibebankan ke arah kaki kiri.

Tambahan pula, jika perlu melakukan dua kali langkah, maka caranya adalah sama. Di samping itu, jika seseorang pemain ingin melakukan pukulan sangga depan (forehand), pemain harus gerakkan kaki kanan sedikit ke belakang sehingga sama seperti posisi awal melakukan pukulan forehand supaya pemain berada dalam posisi sangga depan yang betul apabila sampai kepada bola.

Jika pemain ingin melakukan pukulan sangga belakang, pemain perlu mengerakkan kaki kanan terlebih dahulu.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Setelah melakukan pukulan, pemain harus memperhatikan arah bola dan kembali ke posisi awal dengan pantas. Apabila ingin bergerak ke kiri, dorong dengan kaki kanan.

Jika pemain tidak berada dalam posisi bersedia, pemain harus kembali semula ke posisi yang sedekat mungkin.

Namun begitu, pemain ping pong table tennis harus sentiasa beringat supaya tidak melakukan apa-apa pergerakan ketika pihak lawan memukul bola. Hal ini kerana, pemain tidak akan dapat meliputi bahagian yang dijauhi dengan berkesan.

Tujuan Kaki dan Footwork Ping Pong

Tujuannya untuk  bergerak bermain dengan bagus (movement, quickness) agar selalu mendahulu bola dan tidak terlambat memukul dan tidak mudah letih, lain lagi latihannya:

  • Selain dari dua cara di atas ada lagi tambahannya.
  • Ada 5 titik bola yang wajib dilihat, diikuti iramanya (rhytm) dan sesuaikan dengan gerak tubuh; yaitu: titik bola ketika dipukul, diatas net, tepat menyentuh meja lawan, dipukul lawan, mementul di meja sendiri.
  • Lakukan jump dan side step sesuai 5 titik tadi, caranya coba temukan sendiri
  • Sesuaikan tinggi tubuhmu (dengan membengkok lutut dan bahu telapak kaki) sesuai dengan tinggi-rendah bola yang berubah lantunannya
PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *