Tips Bermain Ping Pong | Jenis-Jenis Pukulan Dalam Permainan Ping Pong Table Tennis

Teknik pukulan dalam permainan ping pong table tenis boleh dibahagikan kepada dua iaitu pukulan pepat depan (forehand) dan pukulan kilas (backhand).

Kedua-dua teknik ini menjadi asas kepada pelbagai jenis pukulan ping pong seperti servis, smesy, pukulan drive, push, chop dan block. Kekuatan pukulan bagi kesemua jenis pukulan ping pong adalah bergantung kepada kilasan badan, ayunan lengan dan pergerakan pergelangan tangan.

PUKULAN PEPAT DEPAN (FOREHAND) DAN PUKULAN KILAS (BACKHAND)

Pukulan pepat depan (forehand) dan pukulan kilas (backhand) merupakan kemahiran asas dalam permainan ping pong.

Pukulan pepat adalah pukulan putaran atas yang agresif. Dalam pukulan pepat, pukulan pepat depan merupakan pukulan paling kuat dalam permainan ping pong.

Hal ini kerana, badan tidak menghalang semasa membuat pukulan pepat depan berbanding dengan pukulan kilas. Di samping itu, otot yang digunakan dalam pukulan depan lebih baik daripada otot yang digunakan dalam pukulan kilas. Kebiasaannya, pukulan depan merupakan pukulan yang paling bertenaga dalam permainan ini.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Teknik pukulan hadapan boleh dilakukan berdasarkan turutan berikut.

Pertama, kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang. Kedudukan siku mestilah hampir dengan pinggang pemain. Berat badan pemain perlu dialihkan ke kaki belakang supaya pemain dapat melakukan pukulan depan dengan lebih bertenaga. Tambahan pula, raket perlu serenjang dengan lantai semasa melakukan hayunan ke belakang.

Seterusnya, kilaskan berat badan ke kaki kiri bersama dengan ayunan tangan ke hadapan. Pemain boleh melakukan sentuhan ketika lantunan bola pada kedudukan yang paling tinggi, di depan dan bola berada sedikit ke kanan badan. Kedudukan ini adalah paling sesuai dalam membalas balik bola ping pong. Berat badan dipindah semula ke kaki hadapan.

Pukulan kilas (backhand) pula merupakan pukulan yang sesuai dalam menghadapi putaran atas jika berbanding dengan putaran belakang. Ketekalan dan kepantasan secara umumnya adalah lebih penting semasa melakukan pukulan kilas.

Pukulan kilas adalah lebih mudah dalam mengawal meja. Pukulan kilas akan menyebabkan pihak pelawan lebih mudah melakukan kesilapan atas kembalian pantas semasa melakukan pukulan kilas.

Teknik dalam melakukan pukulan kilas adalah pusingkan lengan ke arah pinggang di mana raket dan lengan haruslah menunjuk ke sisi, dengan siku pada kedudukan 90 darjah. Berat badan dialihkan ke kaki belakang.

Mata haruslah sentiasa memandang bola. Badan ayun ke depan dengan memusingkan lengan bawah ke depan. Raket ping pong harus bergerak dalam garisan lurus semasa gerakan siku ke hadapan.

Ketika melakukan sentuhan, sentap pergelangan tangan ke depan dan melampaui bola, dengan itu menutup raket. Raket berpusing di sekitar bola dan menghasilkan putaran atas. Berat badan dipindah semula ke kaki hadapan.

Teknik untuk membuat pukulan kilas yang lebih berkuasa adalah pukul tepat pada bola dengan putaran yang kurang. Ini akan menenggelamkan bola terus ke dalam span dan kayu.

Raket ditutup bagi menghadapi putaran atas dan pukulan kilas yang kencang. Namun begitu, raket perlu dibuka untuk mengatasi putaran belakang dan pukulan kilas yang kurang kencang.

PUKULAN SERVIS PING PONG

Dalam pertandingan ping pong, servis memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan. Tujuan servis adalah mendapatkan masa secara langsung apabila pemain lawan membuat kesalahan semasa menerima servis atau gagal menerima servis.

Servis yang baik membolehkan pemain mempunyai inisiatif dan kedudukan aktif dalam menguasai pemain lawan yang telah memulangkan servis dengan lemah. Servis boleh dilakukan dengan pukulan hadapan dan pukulan kilas.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Apabila membuat servis pukulan hadapan, kaki kiri hendaklah berada di hadapan. Tempat berdiri ialah di tengah kiri hujung meja. Servis pukulan hadapan lebih sesuai untuk pemain yang lemah dalam servis. Namun begitu, bagi membuat servis dengan pukulan kilas (backhand), tempat berdiri ialah di sebelah kiri hujung meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapi bercerai dan kaki kanan hendaklah bengkok sedikit ke hadapan.

Secara asasnya, servis permainan ping pong table tennis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu servis berputar dan servis tidak berputar.

Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti servis putaran atas (topspin service), servis putaran belakang (backspin service), servis putaran ke kiri (forehand sidespin service), dan servis putaran ke kanan (backhand sidespin service).

Pergerakan untuk membuat servis putaran atas ialah dengan menggunakan bet ping pong menggeserkan bahagian separuh atas bola sambil memukul mengatas ke hadapan. Pergerakan untuk membuat servis putaran ke belakang ialah dengan menggunakan bet menggeserkan bahagian separuh bawah bola sambil mencantas (slide) bola itu dengan kuat dari atas.

Servis putaran ke kiri (forehand sidespin) dapat dihasilkan dengan menggunakan bet menggeserkan bahagian tengah sebelah kanan bola sambil dengan kuat ke sebelah kiri manakala menggunakan bet untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kiri bola sambil memukul dengan kuat ke sebelah kanan akan menghasilkan servis yang berputar ke kanan. Tambahan pula, servis yang tidak berputar juga selalu digunakan dalam sesuatu pertandingan supaya sukar dijangka oleh pihak lawan.

PUKULAN SMESY PING PONG

Smesy merupakan pukulan ping pong dengan tenaga serangan paling besar dalam sukan ping pong. Bola smesy adalah paling bertenaga dan cepat.

Smesy memerlukan pemain menggunakan kekuatan seluruh anggota badan dalam melakukan smesy. Smesy juga disebut sebagai pukulan pembunuh bola. Pukulan ini sering menentukan suatu kemenangan mahupun kekalahan dalam pertandingan. Smesy menyebabkan perlawanan sukar untuk mengembalikan bola dalam pertandingan.

Teknik dalam melakukan smesy adalah ayunkan ke belakang untuk mendapatkan lebih kuasa semasa melakukan smesy. Smesy pukulan kilas lebih mementingkan pergerakan pergelangan tangan manakala smesy pukulan depan lebih bergantung kepada lontarkan badan ke arah pukulan.

Pemain perlu menggunakan gerak isyarat sentapan lengan bawah dengan pantas dari siku ke atas semua smesy. Smesy menyebabkan pukulan bola tanpa putaran (sangat rata) dan tenggelamkan bola menerusi span ke kayu.

Pukulan Drive Ping Pong

Drive merupakan pukulan dengan ayunan panjang sehingga menghasilkan pukulan yang datar dan keras. Drive adalah pukulan yang paling kecil dalam gaya gesekan.

Bola bagi pukulan drive adalah bersifat membawa sedikit gaya putar. Drive merupakan satu daripada teknik pukulan yang penting dalam menghadapi pemain jenis bertahan.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Teknik pukulan drive dilakukan dengan bet bersikap menutup. Pukulan drive boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu forehand drive dan backhand drive. Cara melakukan forehand drive adalah ditunjukan seperti berikut. Pertama, pemain perlu gerakkan bet ke arah depan.

Gerakan ini diikuti dengan perputaran badan ke arah depan kira-kira tiga puluh derajat. Kesalahan dalam melakukan pukulan forehand drive adalah disebabkan oleh perubahan pada posisi bet akibat bergeraknya pergelangan tangan. Hal ini telah menyulitkan saat kontak dengan bola. Dengan ini, cara untuk mengatasi masalah ini adalah kuatkan pergelangan tangan pada saat permulaan supaya bet tidak akan mudah berubah posisi.

Cara untuk melakukan backhand drive ialah siku pemain perlu membentuk sudut sembilan puluh derajat. Pemain perlu melakukan pergerakan bet dan seterusnya diikuti oleh pergerakan badan. Pemain melakukan kontak dengan bola pada saat bet berada di depan badan agak sedikit ke kiri.

Terdapat ramai pemain ping pong yang sering melakukan kesalahan dalam pukulan drive. Oleh itu, gerakan kaki dan latihan backhand yang banyak dapat mengatasi serta memperbaiki kesilapan ini.

Pukulan Push Ping Pong

Push adalah pukulan backspin pasif yang dilakukan untuk menghadapi backspin. Push adalah pukulan dengan cara mendorong bola.Pukulan ini dapat menjaga agar bola tidak melambung terlalu tinggi dari jaring. Selain itu, pukulan push digunakan untuk mengembalikan pukulan yang berasal dari teknik chop atau push lawan. Terdapat dua jenis push dalam teknik ping pong iaitu forehand push dan backhand push.

Dalam forehand push, posisi bet perlu berada dalam keadaan sedikit terbuka. Pemain perlu menggerakkan bet ke depan dan sedikit ke bawah. Bola perlu digeserkan di bahagian tengah bet. Namun begitu, bagi backhand push pula, cara pukulan backhand push adalah sama dengan forehand push.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Namun begitu, pukulan backhand push adalah lebih kuat daripada forehand push sehingga mampu menghasilkan bola putaran belakang yang sempurna. Oleh itu, teknik pukulan push merupakan satu daripada pukulan yang sangat penting bagi para pemain serang cepat di dekat meja, khususnya bagi yang menggunakan teknik cekak pen.

Pukulan Chop Ping Pong

Chop merupakan pukulan backspin yang bersifat bertahan (Larry Hodges, 2002:99). Gerakan pukulan ini sama dengan gerakan menebang pohon. Gerakan ini dilakukan untuk mengembalikan bola. Selain itu, chop sesuai digunakan jika posisi pemain jauh dari meja dan bola jatuh dekat bahagian belakang meja. Pukulan ini biasa dilakukan dengan teknik forehand atau backhand.

Persiapan dalam melakukan pukulan forehand chop adalah sama dengan pukulan forehand. Namun begitu, posisi bet bagi pukulan forehand chop adalah cenderung terbuka jika berbanding dengan pukulan forehand. Gerakan bet bagi pukulan forehand chop adalah ke depan dan condong ke bawah. Usahan kontak dengan bola adalah terjadi di depan kanan badan. Perkenaan bola ping pong adalah di bahagian sisi bet depan agak bawah dan perkenaan pada bola pula di bahagian sisi bawah permukaan bola.

Di sebaliknya, posisi awal backhand chop adalah sama dengan backhand tetapi posisi bagi backhand chop adalah bet terbuka atau sisi depan condong ke atas. Pemain perlu usahakan kontak bola pada bahagian sisi bawah bet depan dengan sisi bawah pada permukaan bola. Perkenaan bola adalah di kiri agak depan dengan tubuh badan pemain.

Pukulan Block Ping Pong

Block sering digunakan di dekat meja sehingga disebut sebagai block pendek. Pukulan block digunakan sebagai pukulan pertahanan dan seringkali digunakan pada saat pemain berada dalam posisi terserang. Pukulan block adalah sangat berguna dalam merintangi serangan lanjutan.

Block dilakukan setelah bola memantul dari meja supaya pihak lawan tidak dapat melancarkan serangan dengan cepat. Hal ini kerana pukulan block akan menyebabkan bola dikembalikan dengan cepat. Selain itu, block adalah sesuai untuk mengembalikan bola drive atau bola dengan putaran atas. Teknik ini digunakan untuk mengembalikan bola dengan sikap bet tertutup. Block boleh digunakan secara forehand dan backhand.

Pukulan block mempunyai beberapa kelebihan. Sebagai contoh, pukulan block mampu menyerap, mengurangi, atau memperlemah tenaga pantulan bola dari pihak lawan. Selain itu, penggunaan block adalah sangat efektif ketika pihak lawan berada di posisi jarak tengah atau jarak jauh dari meja ping pong.

Cara melakukan forehand block ialah bet digerakkan ke depan dan posisi bet adalah sentiasa tertutup (sisi depan bet menghadap ke bawah).

Selain itu, pemain perlu perhatikan arah kedatangan bola ping pong dan bertindak segera untuk melakukan block setelah bola memantul dari meja. Perkenaan bola dengan bet adalah tepat pada tengah bet. Cara melakukan pukulan backhand block adalah sama dengan forehand block kecuali kedudukan bet bagi backhand block adalah berada di sebelah kiri tubuh badan.

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *