Tips Bermain Ping Pong | Jenis Raket / Bet Ping Pong dan Cara Penggunaan Bet Ping Pong Table Tennis

Raket atau Bet ping pong berbeza mengikut bentuk dan corak tetapi keselesaan patut diutamakan.

Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau menggangu teknik permainan kita dan membenarkan kita mengekalkan kawalan maksimum ke atas pukulan kita.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Berikut adalah panduan memilih jenis bet ping pong yang sesuai untuk pertandingan ping pong table tennis.

BET PING PONG

  • Boleh sebarang saiz, bentuk atau berat.
  • Raket mesti dilapik getah pada permukaan yang digunakan untuk memukul bola.
  • Permukaan raket yang tidak dilapik getah tidak boleh digunakan untuk memukul bola.
  • Permukaan raket yang tidak digunakan mestilah berwarna hitam atau merah, bergantung kepada warna getah di permukaan sebelahnya.
  • Kedua-dua permukaan raket mestilah berlainan warna, merah pada satu permukaan dan hitam pada permukaan keduanya.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

GETAH BET PING PONG

  • Pemukaan getah hendaklah rata dan tidak boleh berlubang ataupun kembung.
  • Getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF (Persekutuan Ping Pong Antarabangsa).

Getah yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua jenis.

  • Jenis pertama ialah getah terbalik ‘reverse’ yang licin dan rata dengan lapisan berbintik-bintik terbalik (inverted pimples) di bawah dan diikuti oleh satu lapisan span.
  • Jenis kedua ialah getah berbintik keluar (pimples out) dengan atau tanpa satu lapisan span.

Getah yang digemari ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Secara am, semakin tebal dan keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebound) daripada bet. Di bawah undang-undang pingpong, tebal keseluruhan getah dan span tidak boleh melebihi 4 mm.

CARA-CARA MEMEGANG BET PING PONG

Cara memegang bet ping pong table tennis akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola pula akan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting untuk memegang bet mengikut cara pukulan yang diingini.

Cara memegang bet ping pong table tennis boleh dibahagikan kepada 2 iaitu cara pegangan pen dan cara pegangan shake hand.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

i. Cara pegangan pen (Penhold Grip)

  • Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang pen.
  • Jari-jari lain dibengkokkan di bahagian belakang bet.
  • Pegang bet dalam keadaan selesa.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

ii. Cara pegangan shake hand

  • Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan.
  • Ibu jari dan telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang berlainan.
  • Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng menggenggam sepenuhnya pemegang bet.
  • Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit.
  • Pegang bet dalam keadaan yang selesa.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *