Tips Bermain Ping Pong | Kemahiran Dalam Permainan Ping Pong – Grip, Servis, Pukulan dan Smesy

Kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam permainan ping pong table tennis ialah grip atau cara memegang bet, melakukan servis, pukulan dan smesy.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Grip (Memegang Bet)

Terdapat 2 jenis grip yang selalu digunakan, iaitu: grip jabat tangan dan grip pegang pen. Setiap jenis grip mempunyai kelebihan yang tersendiri dan terpulang kepada keselesaan pemain untuk menggunakannya.

Teknik Grip Jabat Tangan

  • Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan
  • Ibu jari dan telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang berlainan
  • Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng menggenggam sepenuhnya pemegang bet
  • Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit
  • Pegang bet dalam keadaan yang selesa.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Teknik Grip Pegang Pen

  • Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang pen
  • Jari-jari lain dibengkokkan di bahagian belakang bet
  • Pegang bet dalam keadaan selesa.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Servis

Permainan pingpong dimulakan dengan melakukan servis. Servis boleh dilakukan dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas.

Teknik melakukan servis pukulan hadapan

  • Kedudukan bersedia.
  • Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.
  • Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.
  • Pindahkan berat badan ke kaki kanan (jika bola di tangan kiri)
  • Lambung bola.
  • Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan.
  • Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.
  • Pindahkan berat badan ke kaki kiri.

Teknik melakukan servis pukulan kilas

  • Kedudukan bersedia.
  • Letakkan bola di atas tapak tangan dengan jari-jari diluruskan.
  • Bawa bet menyilang badan.
  • Kilaskan badan.
  • Pindahkan berat badan ke kaki kiri.
  • Lambung bola.
  • Kilaskan badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.
  • Pukul bola sebaik sahaja bola jatuh.
  • Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.

Pukulan

Terdapat dua jenis pukulan asas dalam permainan pingpong, iaitu pukulan hadapan dan pukulan kilas. Kekuatan pukulan bergantung pada kilasan badan, ayunan lengan dan pergerakan pergelangan tangan.

Teknik melakukan pukulan hadapan

  • Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang.
  • Pindahkan berat badan ke kaki belakang.
  • Pandang bola dan bawa bet rapat ke badan.
  • Kilaskan badan bersama ayunan tangan ke hadapan.
  • Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang melantun dari meja.
  • Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan.

Teknik melakukan pukulan kilas

  • Bawa bet menyilang ke sisi badan
  • Kilaskan badan dan pindahkan berat ke kaki belakang.
  • Mata memandang bola.
  • Balas kilas badan serentak dengan ayunan tangan ke hadapan.
  • Pada kedudukan bola yang sesuai, pukul bola yang telah melantun dari meja.
  • Pindahkan semula berat badan ke kaki hadapan.
PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *