Tips Bermain Ping Pong | Peraturan Pertandingan Sukan Ping Pong – Sistem Individu dan Berkumpulan

SISTEM INDIVIDU SUKAN PING PONG

Terdapat dua asas sistem yang selalu digunakan bagi sesautu kejohanan dan pertandingan untuk permainan individu iaitu sistem kalah mati (simple knock-out) dan sistem kumpulan (group/round robin) .

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Sistem Kalah Mati (Simple Knock-Out)

Sistem ini digunakan untuk semua kejohanan utama termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Piala Dunia dan ITTF World Tour.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Simple Knock-Out System

Sistem ini berfungsi seperti berikut:

  • Pemain yang menyertai atau diundi secara berpasangan.
  • Pemenang terus bermain di pusingan berturut-turut sehingga hanya seorang pemain kekal rekod tanpa kalah.
  • Mereka yang kalah akan tersingkir.

Kelebihan sistem ini:

  • Mudah difahami oleh pemain dan peminat ping pong.
  • Hanya memerlukan sedikit perlawanan diadakan dan mengambil masa yang singkat.

Kelemahan sistem ini;

  • Separuh daripada pemain yang menyertai akan tersingkir pada pusingan pertama.
  • Tidak menghasilkan kedudukan ranking mengikut turutan apabila berakhir kejohanan atau sesuatu pertandingan.

Sistem Kumpulan (Group/Round Robin)

Sistem ini berfumgsi seperti berikut:

  • Setiap pemain akan diundi dan dimasukan dalam satu kumpulan yang mengandungi tiga,empat atau lima pemain.
  • Setiap pemain akan bertemu dalam perlawanan dalam kumpulan.
  • Setiap keputusan perlawanan akan menentukan kedudukan mereka hingga ke akhir perlawanan.
  • Setiap pemain yang berada di kedudukan teratas, biasanya di kedudukan pertama dan kedua akan melangkah ke peringkat kalah mati manakala yang berada di kedudukan di bawah akan disingkirkan.
  • Pemain yang manang akan terus melangkah hinga ke perlawanan akhir dan memenangi kejohanan atau pertandingan.
  • Pemain yang kalah akan tersingkir.
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Group/ Round Robbin System

Kelebihan sistem ini:

  • Setiap pemain akan bermain lebih dari satu perlawanan.
  • Menunjukkan setiap kedudukan pemain.

Kelemahan sistem ini:

  • Tiada perlawanan akhir dalam kumpulan.
  • Perlawanan akhir dalam kumpulan tidak semestinya akan memberi kemenangan dalam kumpulan kepada pemain yang menang pada perlawanan akhir kumpulan.
  • Bilangan perlawanan akan bertambah dengan banyak jika pemain bertambah, oleh itu mempunyai had maksimum lima pemain dalam setiap kumpulan.
  • Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan kesemua perlawanan.

Pindaan Sistem Kalah Mati (Variation To The Simple Knock-Out System)

Untuk memberikan pemain yang kalah awal bermain lebih dari satu perlawanan terdapat dua pindaan yang boleh digunakan iaitu:

Pindaan 1(variation 1):double knock-out

  1. Pemain yang kalah akan memasukan perlawanan kalah mati yang lain (plate competition) bukan disingkirkan terus dari perlawanan.
  2. Kelebihan sistem ini ialah,memberi peluang kepada pemain yang kalah pada peringkat awal bermain perlawanan seterusnya.
  3. Kelemahan sistem ini ialah, menambah bilangan perlawanan dan mengambil masa yang lama dan tidak menunjukan kedudukan.

Pindaan 2(variation 2): progressive knock-out

  1. Pemenang akan terus bermain dengan pemenang yang lain sehingga ia kekal dengan kemenangan.
  2. Pemain yang kalah akan berlawan dengan pemain yang kalah lain.
  3. Pemain yang kalah perlawanan pertama tidak akan berjaya menduduki tangga teratas hingga separuh pada kedudukan terakhir perlwanan.
  4. Pemain yang kalah pusingan pertama dan kedua akan berlawan untuk kedudukukan dibahagian bawah.
  5. Kelebihan sistem ini adalah ia dapat menunjukan kedudukan mengikut turutan dan memberikan setiap pemain mempunyai perlawanan yang sama rata.
  6. Kelemahan sistem ini adalah ia memerlukan masa yang agak lama.

SISTEM BERKUMPULAN SUKAN PING PONG

Pemain yang bermain secara kumpulan terdapat pelbagai sistem yang digunakan, tetapi sistem yang serimg digunakan adalah bagi setiap kejohanan atau pertandingan berkumpulan dimana terdapat dua hingga lima orang pemain bagi setiap kumpulan.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Prosedure Perlawanan Berkumpulan

Sebelum perlawanan ping pong table tennis bermula, hak untuk memilih sama ada pasukan anda akan menjadi A, B, C atau X, Y, Z perlu diputuskan oleh kebanyakan ahli kumpulan.

Bagi mana-mana sistem berikut permain ada pilihan untuk menamatkan perlawanan ping pong lebih awal apabila mempunyai kelebihan yang tidak boleh dikalahkan.

Sebagai contoh, apabila bermain terbaik daripada 5 perlawanan, perlawanan itu boleh berhenti apabila satu pasukan telah memenangi 3 perlawanan. Atau apabila bermain terbaik daripada 9 perlawanan, perlawanan itu boleh berhenti apabila satu pasukan telah memenangi 5 perlawanan. Secara alternatif, anda boleh memainkan semua perlawanan.

Sistem 1: 5 Perseorangan ( 5 Single)

Sistem ini digunakan dalam World Championship Event. Ia berfungsi seperti berikut:

  • Setiap kumpulan terdapat 3 pemain.
  • Keputusan terbaik dari lima perlawanan perseorangan (best of five matches single).
  • Turutan pemain contoh A vs X, B vs Y, C vs Z, A vs Y, B vs X.

Kelebihan sistem ini:

  • Setiap pemain akan bermain sekurangnya satu perlawanan untuk kumpulan mereka bagi memperolehi mata bagi yang menang.
  • Hamya memerlukan sedikit perlawanan dan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.

Kelemahan sistem ini:

  • Hanya seorang dari setiap ahli kumpulan akan bermain satu perlawanan.

Sistem 2:4 Single 1 Double

Sistem ini berfungsi seperti berikut:

  • Setiap pasukan boleh memiliki dua,tiga atau empat pemain.
  • Terbaik dari lima perlawanan.( 4 single 1 double).
  • Turutan pemain A vs X, B vs Y, Doubles, A vs Y, B vs X.

Kelebihan sistem ini:

  • Boleh bentuk pasukan dengan dua pemain.
  • Maksimum 4 pemain boleh bermai.
  • Pemain beregu boleh dari pemain yang bermain single atau pemain lain.

Kelemahan sistem ini:

  • Pemain yang hebat boleh mendominasi perlawanan dengan memenangi dua perlawanan perseorangan.

Sistem 3 :4 Single 1 Double

Sistem ini berfungsi seperti berikut:

  • Pasukan mempunyai tiga pemain tetapi setiap pemain hanya boleh bermain maksimum dua perlawanan perseorangan.
  • Best of five match (4single 1 double).
  • Turutan pemain, A vs X, B vs Y, Double A&C or B vs Z&X or Y, B or A vs Z, C vs Y or X.

Kelebihan sistem ini:

  • Setiap pemain akan bermain sekurangnya satu perlawanan untuk mendpatkan mata kemenangan.
  • Tiada kelebihan untuk pemain yang hebat untuk mendominasi perlwawanan.
  • Setiap pemain bermain dua perlawanan.

Kelemahan sistem ini adalah Tidak boleh bentuk pasukan dengan 2 pemain.

Sistem 4 : 6 Single 1 Double

Sistem ini berfungsi seperti berikut:

  • Mempunyai tiga, empat atau lima pemain.
  • Terbaik dari tujuh perlawanan(6 single 1 double).
  • Turutan pemain AvsY, Bvs X, Cvs Z, double, AvsX, CvsY, BvsZ.

Kelebihan sistem ini:

  • Tiga pemain akan bermain sekurangnya satu perlawanan individu untuk pasukan mereka.
  • Dibolehkan pemain keempat dan kelima untuk bermain bagi membolehkan setiap pemain boleh bermain sekurang-kurangya satu perlawanan.

Kelemahan sistem ini:

  • Pemain ke empat dan kelima mungkin hanya bermain untuk perlawanan regu.
  • Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan perlawanan.

Sistem 5: 9 Perseorangan ( 9 Singles)

Sistem ini berfungsi seperti berikut:

  • Terdapat hanya tiga pemain.
  • Terbaik dari sembilan perlawanan.( best of 9 match)
  • Turutan pemain AvsX, BvsY, CvsZ, BvsX, AvsZ, CvsY, BvsZ, Cvs X, AvsY.

Kelebihan sistem ini:

  • Kurang kelebihan bagi pemain yang hebat untuk mendominasi perlawanan.

Kelemahan sistem ini:

  • Jangka masa yang tidk boleh dianggarkan, perlawanan mungkin habis awal jikasatu pasukan mendahului 5-0.

 

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *