Tips Bermain Ping Pong | Peraturan Sukan Ping Pong – Definisi, Sistem Expedit dan Mata

Berikut adalah definisi yang sering diguna pakai dalam permainan sukan ping pong.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Peraturan am dalam permainan sukan ping pong table tennis:

  • Pemain dikira memukul bola apabila pemain itu menyentuh bola dengan bet yang dipegangnya, atau terkena bahagian bawah pergelangan tangan yang memegang bet.
  • Seseorang pemain dikira membuat voli bola jika ia memukulnya sebelum bola itu menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.
  • Pemain dikira menghalang bola jika dia sendiri atau sebarang bola yang dipakainya terkena semasa dalam permainan dan sebelum bola itu melintasi permukaan permainan atau garis belakang, dan sebelum bola menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.

SISTEM EKSPEDIT PING PONG

Sistem ini akan dikuatkuasakan sekiranya satu-satu permainan ping pong table tennis tidak dapat diselesaikan selepas 15 minit, atau pada masa yang lebih singkat atas permintaan kedua-dua pemain atau pasangan.

  1. Jika boleh masih dimainkan jika masa telah tamat, permainan hendaklah dihentikan dan dimainkan semula dengan servis yang dibuat oleh pemain yang membuat servis dalam rali ketika servis dihentikan.
  2. Jika bola tidak dimainkan ketika masa sudah tamat, permainan akan disambung semula sekali lagi dengan servis yang dibuat oleh pemain yang menerima dalam rali sebelum permainan itu dihentikan.

Selepas itu, pemain ping pong akan membuat servis bagi satu mata mengikut aturan hingga akhir permainan. Jika pemain atau pasangan penerima membuat 13 hantaran yang baik, pembuat servis akan kehilangan satu mata.

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru

Apabila dikuatkuasakan, sistem ini akan kekal bagi sepanjang baki perlawanan dalam perlawanan ping pong table tennis tersebut.

MATA PERMAINAN PING PONG

Melainkan satu rali itu adalah rali let, seseorang pemain ping pong akan kehilangan satu mata jika:

  • Pemain gagal membuat satu servis yang baik dan sempurna.
  • Pemain gagal membuat satu pukulan kembali yang baik dan sempurna.
  • Pemain melakukan voli atau menghalang bola, melainkan telah dibenarkan seperti dalam peruntukan.
  • Pemain memukul bola dua kali berturut-turut.
  • Bola menyentuh gelanggang dua kali berturut.
  • Pemain memukul bola dengan sebelah bet yang tidak mengikut peraturannya.
  • Pemain atau sebarang benda yang dipakainya menyebabkan permukaan permainan berubah atau bergerak.
  • Tangan bebas telah menyentuh permukaan permainan.
  • Pemain atau sebarang benda yang dipakainya telah menyentuh jaring.

Di bawah sistem ekspedit, pemain telah melakukan dan menerima servis atau pasangan penerima servis telah melakukan 13 balasan berturut-turut.

PUSAT LATIHAN PING PONG NINJA TABLE TENNIS JOHOR BAHRU
Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
Hubungi: FADLY 016-7171 934 | DIN 012-7829 924 Tekan Untuk Whatsapp

Kelas Ping Pong Johor Table Tennis Johor Bahru Belajar Ping Pong Pusat Latihan Sukan Ping Pong JB Ninja Ping Pong Kedai Table Tennis Shop Johor Bahru
KAMI JUGA MENJUAL PERALATAN PING PONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *